MH370: Penyelidik Australia Kesan Bunyi Bising Di Dalam Air

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Para penyelidik di Australia pada Rabu menyatakan mereka telah mengesan satu bunyi bising berfrekuensi rendah di dalam air di hujung selatan India pada masa yang sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang secara misteri.

Para penyelidik itu mengesan bunyi bising tersebut yang berkemungkinan datang daripada kesan impak hentaman pesawat ke permukaan laut.

Bunyi bising itu dirakam oleh dua alat pengesan dasar laut di Lautan Hindi pada masa pesawat Boeing 777 itu terhenti transmisi satelitnya dan hilang pada 8 Mac dengan 239 penumpang dan anak kapal di atas kapal.

Para penyelidik itu juga telah mengeluarkan satu rakaman audio bunyi bawah air yang mereka katakan mungkin mempunyai kaitan dengan saat-saat akhir Boeing 777 itu hilang. 

Sementara itu, Telegraph turut memetik laporan New York Times yang menemubual Ahli Sains Marin dari Universiti Curtin, Alec Duncan mengenai bunyi tersebut.

Duncan berkata beliau menganggarkan hanya terdapat 25 hingga 30 peratus peluang untuk bunyi tersebut datang dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac yang lalu.

“Hanya 25 hingga 30 peratus kebarangkalian bunyi tersebut datang dari pesawat MH370, walaupun rendah namun berbaloi untuk dikaji” kata Duncan kepada New York Times.

Kata Duncan lagi, bunyi tersebut telah dikesan oleh alat penerima yang biasanya beroperasi untuk memantau aktiviti ikan paus.

Terdahulu, seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat MH370 terbang di Lautan Hindi dalam keadaan terbakar pada malam kehilangannya.

Menurut sebuah portal berita Thailand, Katherine Tee , 41, mendakwa melihat pesawat itu dengan keadaan berasap di bahagian belakangnya ketika dalam pelayaran merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket menggunakan kapal layar.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya fikir ia adalah pesawat itu," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Beliau berkata, hanya mengambil keputusan memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian MH370 pada masa kini menyatakan telah menerima mengenai laporan itu dan akan menyiasat mengenainya.
Tags / Kata Kunci: MH370 , penyelidik , Australia , Lautan Hindi

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan