Kematian Runtuhan Bangunan Di Samarinda Meningkat Kepada Tujuh

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 11:59 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jumlah kematian akibat runtuhan bangunan rumah kedai yang sedang dibina di Samarinda, Kalimantan Timur, meningkat kepada tujuh pada Selasa, ketika pasukan kecemasan meneruskan operasi menyelamatkan mangsa di bawah runtuhan.

"Mangsa kelima ditemui pagi ini pada 4.25 pagi. Identiti belum dikenal pasti kerana pasukan pemulihan masih menjalankan bedah siasat," menurut Ketua Agensi Mitigasi dan Bencana Kalimantan Timur Wahyu Widhi Heranata sebagaimana dipetik oleh Jakarta Globe pada Rabu.

Beliau berkata dua mangsa baharu ditemui lewat hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada agensi-respons awal tempatan, tentera dan polis menemui mayat Surani dan Abdul Maruf. Kedua-dua mangsa ditemui pada kira-kira 10 malam selepas jengkaut mengeluarkan runtuhan.

"Dua pekerja mati akibat kecederaan pada awal Selasa. 72 mangsa ditemui, tujuh daripada mereka masih dirawat di hospital.

"Kami masih mencari tujuh lagi mangsa menggunakan jengkaut. Kami masih berharap untuk mencari mangsa yang terselamat," kata Wahyu.

Jurucakap Polis Kalimantan Timur, Fajar Setiawan berkata tiada suspek dikenal pasti kerana tumpuan masih kepada usaha mencari dan menyelamat, tetapi siasatan akan menjurus kepada usaha mengumpulkan bukti dan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa ataupun tidak.

"Tidak ada suspek lagi, kita masih memberi tumpuan kepada usaha mencari mangsa. Keutamaan pertama kami ialah menyelamatkan nyawa manusia," katanya.

Selepas selesai operasi mencari dan menyelamat, Fajar berkata polis akan memanggil pemilik rumah kedai dan syarikat pembinaan.
Tags / Kata Kunci: Samarinda , Kalimantan Timur

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan