Chef Jamie Oliver Didenda

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 10:40 AM

Jamie Oliver

(Ubah saiz teks)

LONDON: Chef terkenal, Jamie Oliver didenda RM32,477 (6,000 pound) kerana gagal mematuhi peraturan kitar semula membabitkan bungkusan sisa buangan di salah sebuah restoran Itali miliknya untuk tempoh dua tahun.

Sebelum ini, chef yang dikenali ramai menerusi pelbagai siri masakan di televisyen itu memberi komitmen untuk mengamalkan pendekatan mesra alam dengan menyokong kempen kitar semula yang dibiayai kerajaan.

Bagaimanapun, Agensi Alam Sekitar negara itu mengarahkan supaya jumlah denda yang dikenakan terhadap restoran itu disalurkan dalam bentuk derma untuk kebajikan alam sekitar.

Kejadian itu yang kedua selepas beberapa minggu lalu pemeriksaan mendapati ada tahi tikus dan bau hapak di kedai daging kelas atasan miliknya juga di kota London.

Berikutan itu, kedai daging berkenaan diarah tutup sementara.

Pengurus Agensi Alam Sekitar itu berkata, restoran berkenaan gagal mematuhi arahan mengitar semula bungkusan sisa buangan mengikut peraturan 2007.

Malah, kata jurucakap agensi itu, syarikat milik Oliver juga gagal mendaftar dengan skim mendapatkan semula bungkusan sisa buangan untuk tempoh dua tahun, selain tidak mengambil langkah yang perlu untuk melaksanakan proses kitar semula.

"Syarikat Jamie Italian Ltd tidak mematuhi peraturan bungkusan sisa buangan, bagaimanapun ia mengubah cara operasinya dan dengan sukarela menderma kepada badan kebajikan berkaitan alam sekitar," katanya.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan