Perintah Berkurung Di Kawasan Pelancongan Utama Thailand Ditarik Balik

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 9:00 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Majlis tentera Thailand pada Selasa mengumumkan penarikan balik perintah berkurung di kawasan pelancongan utama dengan harapan pelancong kembali berminat berkunjung ke negara ini.
 
Majlis Keamanan dan Ketenteraman Awam Negara (NCPO) mengumumkan perintah berkurung ditarik balik di beberapa kawasan pelancongan seperti Pattaya di wilayah Chonburi di timur negara ini, manakala di selatan pula, kawasan terlibat ialah Koh Samui di Suratthani dan wilayah Phuket.

Penarikan balik perintah itu berkuat kuasa pada Selasa.

Perintah berkurung di kawasan lain, termasuk Bangkok, terus berkuat kuasa dari tengah malam hingga pukul 4 pagi.

Thailand menjangka menerima kira-kira 26.3 juta pelancong tahun ini, berbanding sasaran awalnya 28 juta.

Sejumlah besar pelancong menukar destinasi mereka daripada Thailand ke negara lain berikutan konflik berpanjangan, yang kadangkala mencetuskan keganasan hingga meragut berpuluh nyawa dan mencederakan beratus orang sejak akhir November lepas, sebelum tentera merampas kuasa bagi menstabilkan keadaan.
Tags / Kata Kunci: perintah berkurung , Thailand

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan