Lelaki Diburu Selepas Bahan Letupan Ditemui Dirumahnya

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 8:14 AM

Dua gambar Ryan Kelly Chamberlain yang diedarkan oleh FBI dalam operasinya memburu lelaki berkenaan. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) melancarkan operasi di seluruh negara bagi memburu seorang lelaki berusia 42 tahun selepas bahan letupan ditemui dirumahnya di San Francisco, kata mereka pada Isnin.

Ryan Kelly Chamberlain II, 42, yang dilihat pada kali terakhir Ahad lalu memandu kereta ke selatan San Francisco sama ada menggunakan plat kenderaan California atau Texas.

"Suspek dianggap berbahaya dan mungkin mempunyai senjata," kata Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di bandar pantai barat itu.

Chamberlain, yang merupakan seorang perunding media dan politik, hilang selepas meninggalkan satu pesanan bunuh diri secara online, menurut San Francisco Chronicle.

"Terlalu banyak kedukaan yang berlaku sejak setahun setengah yang lalu, berbanding sebelumnya," kata-kata yang dipetik dalam surat sebanyak tiga halaman yang bertajuk "Goodbye" (Selamat Tinggal).

Di dalam surat itu turut dipetik sebagai berkata, "Saya rasa ia tidak dapat diatasi lagi, dan sudah cukup."

Menurut FBI, Chamberlain dikenal pasti sebagai lelaki berkulit putih, dengan ketinggian 6 kaki 3 inci, yang mempunyai rambut coklat dan bermata biru. Dia kali terakhir dilihat memakai sweater biru gelap dan seluar jeans biru. - AFP


Tags / Kata Kunci: Ryan Kelly Chamberlain , FBI

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan