Indonesia Cadang Aturan Perjalanan Tanpa Visa Bagi Anggota OIC

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 8:34 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia Mari Elka Pangestu mencadangkan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memulakan aturan perjalanan tanpa visa untuk melonjakkan sektor pelancongan. 

"Saya telah mencadangkan agar OIC memulakan usaha agar urusan visa dipermudahkan dalam kalangan negara anggota. Matlamatnya untuk melancarkan pergerakan, yang akan melonjakkan jumlah pelancong," kata Mari kepada pemberita semasa perasmian Forum Antarabangsa OIC mengenai Pelancongan Islam, yang julung kali diadakan di sini pada Isnin.

Mari dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post sebagai berkata program tanpa visa dalam kalangan anggota Asean boleh dijadikan contoh untuk melaksanakannya.

"(Pada) 2012, dunia Islam membelanjakan sekitar US$137 bilion untuk melakukan perjalanan atau kira-kira 12.5 peratus perbelanjaan global. Jumlah ini tidak termasuk perbelanjaan bagi haji dan umrah," katanya.

Mari berkata Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelancong Timur Tengah bagi pelancongan berkonsepkan Islam.

"Kira-kira 30 peratus pelancong ke Malaysia adalah dari negara Timur Tengah, manakala hanya sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja daripada mereka adalah pelancong asing ke negara kita," katanya.

Data daripada Agensi Statistik Pusat (BPS) menunjukkan empat anggota OIC mendahului senarai negara yang mencatatkan peningkatan pantas dalam jumlah ketibaan pelancong di kepulauan ini dalam empat bulan pertama tahun ini.

Bahrain berada di tempat teratas dengan mencatatkan pertumbuhan 73.56 peratus, diikuti Arab Saudi (54.42 peratus), Emiriah Arab Bersatu (49.58 peratus) dan Mesir (38.07 peratus), menurut data itu.

Naib Presiden, Boediono dalam ucapan perasmiannya berkata forum dua hari itu perlu menyasarkan ke arah menangani cabaran untuk membangunkan pelancongan berteraskan Islam dalam kalangan 57 negara anggota.

"Satu daripada cabaran utama adalah mempromosi dan mendidik masyarakat tentang prinsip pelancongan berdasarkan prinsip syariah. Majlis ini adalah peluang untuk memulakan kerjasama dan bertindak lebih aktif," katanya.

Tahun lepas, kementerian itu melancarkan inisiatif untuk membangunkan pelancongan berdasarkan prinsip syariah dan mempromosikan Indonesia sebagai destinasi pelancongan yang mesra kepada umat Islam.

Kementerian turut berganding dengan Majlis Ulama Indonesia untuk mewujudkan garis panduan bagi membangunkan konsep itu dalam empat bidang utama hotel, restoren, ejen pelancongan dan spa.

Kerajaan memilih 13 provinsi untuk dijadikan destinasi syariah utama iaitu Aceh, Sumatera Barat, Riau, Lampung, Banten, Jakarta, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Bali, Nusa Tenggara Barat dan Sulawesi Selatan.
Tags / Kata Kunci: jakarta , visa , OIC

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan