Dua Maut, 13 Tertimbus Bangunan Runtuh Di Kalimantan Timur

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 9:27 PM

Usaha mencari mangsa tertimbus sedang giat dijalankan.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dua orang maut manakala sekurang-kurangnya 13 lagi tertimbus apabila sebuah bangunan dalam pembinaan runtuh di Samarinda, Kalimantan Timur pada Selasa.

Agensi Pengurusan Bencana Tempatan, Wahyu Widhi Wiranata berkata, lapan pekerja mengalami kecederaan selepas bangunan tiga tingkat itu runtuh pada awal pagi Selasa.

Katanya, penyelamat mengeluarkan dua mayat daripada sisa runtuhan dan masih mencari mereka yang hilang. 

"Anggota penyelamat terdengar suara mereka yang tertimbus menjerit minta pertolongan," katanya. 

Beliau berkata, lebih 50 orang terselamat. 

Punca kejadian masih disiasat. 


Tags / Kata Kunci: bangunan , runtuh , Kalimantan Timur

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan