Enam Pendaki Gunung Rainier Maut

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 1:18 PM

Gerakan mencari mangsa giat dijalankan di Gunung Rainier.

(Ubah saiz teks)

SEATTLE: Enam pendaki Gunung Rainier di Amerika Syarikat dipercayai mati selepas helikopter mengesan isyarat kecemasan yang tertanam dalam salji di bawah cerun dipercayai lokasi terakhir kumpulan itu berada.

Anggota kumpulan yang hilang, termasuk empat pelanggan Pendakian Alpine Antarabangsa yang berpangkalan di Seattle dan dua juru pandu. Mereka dijangka pulang dari gunung Jumaat lalu.

Krew helikopter juga mengesan peralatan perkhemahan dan mendaki di kawasan yang terdedah kepada runtuhan salji, lebih 914 meter di lokasi itu.

“Tiada peluang jelas yang menunjukkan mereka masih hidup,” kata Renjer Taman Gunung Rainier, Fawn Bauer.

Bauer berkata, mayat mangsa mungkin tidak dapat dikeluarkan pada Ahad kerana mereka berada di kawasan berbahaya, tempat salji, ais dan batu sentiasa runtuh.

Gunung Rainier, di tenggara Seattle, dengan ketinggian 4,390 meter menarik beribu-ribu pendaki setiap tahun.

Kumpulan itu dijadual sampai ke puncak Gunung Rainier pada Khamis lalu, dan mengambil masa sehari untuk turun.

Kata Bauer, banjir salji dan hujan batu melanda gunung itu pada Rabu lalu, bagaimanapun cuaca masih baik untuk pencarian termasuk di kawasan yang mungkin dijadikan perlindungan ketika ribut.

Pengarah Program Pendakian Alpine, Gordon Janow, berkata beliau belum bersedia untuk mengeluarkan maklumat mengenai pendaki. 

Tags / Kata Kunci: Amerika Syarikat , Gunung Rainier

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan