Demokrat Mungkin Sokong Prabowo-Hatta

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 9:21 PM

Prabowo Subianto (kanan) dan Hatta Rajasa.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemimpin kanan Parti Demokrat Pramono Edhie Wibowo berkata parti itu berkemungkinan besar menyokong calon presiden, Prabowo Subianto dan pasangannya, Hatta Rajasa, dalam Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.

Pramono, yang juga bekas Ketua Staf Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TIN), berkata jangkaan itu berdasarkan kepada permintaan rasmi kedua-dua tokoh agar pemimpin Parti Demokrat mendengar misi dan visi mereka hari ini.

"Pendirian dan keputusan Parti Demokrat adalah berdasarkan kepada pendapat dan pandangan ahli parti terhadap kenyataan misi dan visi mereka (Prabowo dan Hatta)," katanya.

Pramono berkata pendirian berkecuali Parti Demokrat seperti diputuskan dalam mesyuarat pimpinan nasional baru-baru ini tidak bermakna anggota parti berkenaan tidak dibenar menyokong mana-mana calon presiden dan naib presiden dalam Pemilu Presiden akan datang.

Sebelum ini, Ketua Umum Parti Demokrat Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan parti itu bersedia menjadi pembangkang namun pada masa sama, Presiden Indonesia itu meminta anggota parti memilih calon presiden yang memiliki platform perjuangan yang sama dengan Parti Demokrat.

"Jika ada kesesuaian platform pembangunan, ada kemungkinan Parti Demokrat akan memberi sokongan kepada Prabowo-Hatta," kata Pramono yang juga adik ipar Presiden Indonesia.

Dalam pada itu, beliau menafikan Ketua Umum Parti Demokrat meminta pasangan Prabowo-Hatta dan satu lagi pasangan, Joko Widodo-Jusuf Kalla, memaparkan visi dan misi mereka di depan pemimpin Parti Demokrat bagi menghadapi Pemilu Presiden.

"Parti Demokrat tidak mengirim undangan ke mana-mana pihak untuk pemaparan visi dan misi mereka, tetapi benar Parti Demokrat diundang pasangan Prabowo-Hatta untuk mendengar pemaparan visi dan misi pembangunan pasangan calon presiden dan naib presiden itu," katanya.

Walaupun mengadakan konvensyen bagi memilih calon presiden, Parti Demokrat pimpinan Susilo mengambil pendirian untuk tidak mengemukakan calon bagi bertanding dengan parti lain pada Pemilu Presiden akan datang.

Keputusan itu berdasarkan kepada pencapaian kurang memberangsangkan Parti Demokrat pada Pemilu Parlimen, 9 April lepas.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan