Pembebasan Seorang Tentera AS Ditukar 5 Tahanan Taliban

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 10:10 AM

Wajah Bergdahl dalam tempoh lima tahun penahanannya di Afghanistan. Gambar kecil pengumuman Obama mengenai pembebasan anggota tenteranya.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) yang ditawan hampir lima tahun lalu di Afghanistan dibebaskan sebagai pertukaran kepada lima tahanan Taliban di penjara Guantanamo.

Kata putus antara semua pihak terbabit itu dicapai hasil persetujuan dramatik yang diatur Qatar.

Sarjan Tentera Darat AS, Bowe Bergdahl, 28, dilaporan berada dalam keadaan baik selepas pejuang Taliban menyerahkannya kepada pihak keselamatan AS.

Pembebasan Bergdahl disambut anggota pasukan operasi khas AS menggunakan helikopter di lokasi yang dirahsiakan.

“Bergdahl terlepas majlis hari jadi, cuti dan saat bersama keluarga dan rakan yang kita semua anggap sebagai perkara biasa," kata Presiden Barack Obama di White House Rose Garden.

Turut hadir pada pengumuman penting dan bersejarah itu adalah ibu bapa anggota tentera berkenaan, Bob dan Jani.

“Tetapi semasa Bowe tiada, beliau tidak dilupakan," kata Obama lagi.

Obama menyatakan penghargaan kepada Emit Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, dan kerajaan di Kabul kerana membantu membawa pulang satu-satunya warga AS yang ditahan Taliban dalam perang selama 13 tahun itu.

Usaha sebelum ini untuk pembebasan Bergdahl menerusi pertukaran dengan Taliban gagal tetapi kali ini Qatar berjaya mendapatkan persetujuan.

Obama mengesahkan sebagai usaha membawa pulang askar berkenaan ke AS, kerajaan sudah memindahkan lima tahanan Afghanistan di Guantanamo ke Qatar.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan