Anggito Letak Jawatan Berikutan Skandal Urus Haji

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 12:41 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Anggito Abimanyu meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah Haji dan Umrah, Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia selepas Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) mempertingkat siasatannya berhubung dakwaan penglibatan beliau dalam kes rasuah pengurusan haji.

Anggito adalah orang kedua di kementerian itu meletak jawatan, yang dianggap paling banyak terlibat dengan rasuah dalam skandal berkenaan, selepas bekas Menteri Hal Ehwal Agama Suryadharma Ali berundur apabila disebut sebagai suspek dalam kes itu.

Beliau mengemukakan surat peletakan jawatannya pada pagi Jumaat kepada Menteri Penyelaras Kebajikan Rakyat Agung Laksono, yang kini turut menyandang jawatan Pemangku Menteri Hal Ehwal Agama.

"Surat itu menyatakan beliau mengemukakan peletakan jawatan berikutan laporan media yang menyebut beliau akan menghadapi tindakan undang-undang.

"Walaupun masih belum jelas bentuk masalah undang-undang itu, tapi beliau memberitahu saya bahawa beliau perlu memberi fokus secara serius tentang sebarang (potensi) perkara berkaitan undang-undang," kata Agung seperti yang dipetik Jakarta Post pada Sabtu.

Menurut Agung, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerima peletakan jawatan Anggito dan mengingatkan "semua pegawai di kementerian itu supaya bekerja dengan lebih baik" mulai sekarang.

Suryadharma dikenakan pertuduhan menyalah guna kuasa kerana didakwa membawa berpuluh orang, khabarnya sanak saudara beliau, rakannya di kementerian itu dan penggubal undang-undang dalam Dewan Perwakilan Rakyat, yang nama mereka didaftarkan secara palsu sebagai wakil Jawatankuasa Pengelola Haji Indonesia (PPHI), untuk menyertainya menunaikan ibadah haji menggunakan wang negara.

Ini merupakan skandal kedua yang memaksa Anggito meletak jawatan.

Pada Februari, Anggito meletak jawatan sebagai pensyarah di Universitas Gadjah Mada (UGM) kerana didakwa memplagiat sebuah artikel.
Tags / Kata Kunci: Anggito Abimanyu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan