Penggodam Lancar Serangan Siber Piala Dunia 2014

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 12:05 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

SAO PAULO: Kumpulan penggodam Anonymous sedang bersiap sedia melancarkan serangan siber terhadap penaja korporat Piala Dunia di Brazil sebagai langkah memprotes pembiayaan mewah untuk sukan itu ketika negara berkenaan bergelut untuk menyediakan kemudahan asas kepada rakyatnya.

Sumber berkata, mereka sudah melancarkan serangan lewat malam untuk menguji laman sesawang kerajaan yang mana mudah diceroboh serta membocorkan puluhan emel rahsia.

Menurut sumber yang hanya dikenali sebagai Che Commodore itu, serangan berikutnya menyasarkan penaja Piala Dunia seperti Adidas, syarikat penerbanagn Emirates, Coca-Cola dan Budweiser.

“Kami mempunyai rancangan serangan,” katanya melalui Skype dari lokasi rahsia di Brazil.

Awal minggu ini, Anonymous turut menggodam rangkaian komputer Kementerian Luar Brazil.

Serangan menggunakan DDos (Distributed Denial-of-Service) adalah langkah murah yang dilakukan bagi menyebabkan sesuatu laman sesawang terputus talian apabila ia mendapat permintaan akses daripada ribuan komputer.

Ancaman itu menjadi satu lagi masalah memeningkan penganjur Piala Dunia yang akan bermula 12 Jun ini.

Sebanayk 32 negara menyertai pertandingan empat tahun sekali itu.

Sebelum ini Brazil sudah diaibkan dengan pelbagai masalah seperti kelewatan menyiapkan stadidum.

Tags / Kata Kunci: penggodam , Anonymous , Piala Dunia , Brazil , Che Commodore

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan