Model Argentina Saman Google Isu Web Lucah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 10:26 AM

(Ubah saiz teks)

BUENOS AIRES: Mahkamah Agung Argentina pada Khamis mendengar hujah seorang model wanita yang menuntut supaya Google menurunkan pauntan laman web lucah dan menyaman enjin carian Internet itu kerana dia bukan pekerja seks.

Maria Belen Rodriguez, 30, bertindak menyaman Google dan Yahoo lapan tahun lalu berhubung pauntan enjin carian yang menunjukkan gambar-gambar bukan erotiknya.

Dua tahun lalu Yahoo mematuhi arahan itu dan membayar denda 42,000 peso (USD 5,200). Bagaimanapun Rodriguez menuntut lebih daripada itu.

Namun Google enggan mematuhi arahan mahkamah.

Sebuah mahkamah sivil sebelum ini memutuskan kes berkenaan memihak kepada model itu.

Kes ini timbul apabila terdapat sesetengah laman web memaparkan imej Rodriguez dikelilingi oleh imej lucah.

Selain itu apabila pengguna Internet klik pada namanya, ia membawa pautan ke laman web lain yang turut memaparkan imej lucah wanita lain.

"Pada satu hari ayah saya melakukan carian nama saya di Google dan dia terus dipautkan ke laman web porno.

"Ini menyebabkan saya berhadapan masalah. Saya kehilangan peluang pekerjaan kerana perkara in," kata Rodriguez kepada AFP.

Keputusan Mahkamah Agung dijangka diketahui pada Jun depan.
Tags / Kata Kunci: Google , Yahoo , Maria Belen Rodriguez

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan