Jokowi-Jusuf Minta Sumbangan Orang Ramai Untuk Kempen

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 9:03 PM

Jokowi

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Calon presiden Indonesia bagi Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo atau Jokowi dan gandingannya Jusuf Kalla membuka beberapa akaun bank atas nama sendiri bagi menerima sumbangan kempen daripada masyarakat menjelang pemilihan presiden 9 Julai ini. 

"Sokongan yang diberi oleh orang awam bukan sahaja menunjukkan semangat gotong-royong, tetapi juga cerminan harapan rakyat akan masa depan negara di bawah gandingan Jokowi dan Jusuf Kalla," kata jurucakap kempen Hasto Kristiyanto, dipetik oleh Jakarta Globe pada Jumaat.

Menurut laporan itu, kedua-duanya membuka akaun di Bank Rakyat Indonesia dan Bank Mandiri yang dimiliki kerajaan serta bank swasta Bank Central Asia.

Hasto berkata mereka juga komited kepada ketelusan dan akan bekerjasama dengan pemerhati antirasuah.

Beliau berkata firma perakaunan awam Anwar, Suhiharto and Partners akan menjalankan audit bebas terhadap semua sumbangan kempen.

Pembukaan akaun bank itu juga katanya mematuhi peraturan pilihan raya dan Komisi Pemilihan Umum (KPU).

"Usaha ini juga membezakan (gandingan Jokowi-Jusuf) dengan gandingan lain yang memilih untuk mengumpul dana kempen tanpa pembabitan orang awam. Dengan cara itu peluang mendapat sokongan daripada kumpulan berkepentingan lebih besar," katanya.

Sebelum ini pilihan raya presiden Indonesia tidak pernah mengutip sumbangan dana kempen daripada rakyat.
KPU meletakkan had sumbangan orang awam pada satu bilion rupiah (US$85,985) dan korporat pula lima bilion rupiah (US$429,925).
Tags / Kata Kunci: Jokowi , (PDI-P)

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan