Eksekutif TV Fail Usul Gugur Dakwaan Dera Seksual

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 11:40 AM

Garth Ancier

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Eksekutif televisyen Garth Ancier memfailkan usul bagi menggugurkan dakwaan oleh seorang remaja lelaki bahawa dia dan seorang lagi eksekutif Hollywood melakukan penderaan seksual terhadapnya.

Ancier yang bekerja di Fox dan NBC memfailkan usul itu di Mahkamah Daerah AS di Hawaii.

Sebelum itu Michael Egan yang memfailkan dua dakwaan bulan lepas dengan mendakwa dia didera secara seksual ketika masih di bawah umur 1999 dan 2000.

Bagaimanapun Usul yang difailkan Ancier pada Khamis menyatakan dakwaan Egan adalah palsu.

Ancier menyatakan dalam usulnya bahawa dia tidak berada di Hawaii pada ketika Egan mendakwa dia melakukan kesalahan itu.

Selain itu pengarah filem X-Men Bryan Singer, eksekutif televisyen, David Neuman dan eksekutif firma hiburan Gary Goddard juga dinamakan dalam saman dan kesemua mereka memfailkan usul untuk menggugurkan dakwaan itu.
Tags / Kata Kunci: Garth Ancier , Hollywood

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan