Tentera AS Henti Operasi Di Afghanistan Hujung 2016 - Obama

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 2:08 PM

Barack Obama.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Barack Obama mengesahkan tentera Amerika Syarikat (AS) akan keluar sepenuhnya dari Afghanistan menjelang penghujung 2016.

Beliau turut berkata, tentera AS seramai 32,000 orang akan dikurangkan kepada 9,800 pada awal 2015. 

Katanya, jumlah itu akan dikurangkan separuh lagi menjelang penghujung 2015 sebelum kembali seperti sedia kala dengan hanya kehadiran pegawai kedutaan dan keselamatan menjelang penghujung 2016. 

“Kami akan selesaikan tugas yang dimulakan dulu,” kata Obama di White House Rose Garden.

Menurutnya, tentera darat AS akan menamatkan operasinya pada hujung tahun ini.

Ini bermakna pasukan AS tidak akan mengawal lagi kawasan bandar, pekan atau lembah di Afghanistan mulai tahun hadapan. 

Pengunduran itu juga bergantung kepada kesediaan Afghanistan untuk menandatangani Perjanjian Keselamatan Bersama (BSA) yang mengandungi syarat dan terma kehadiran tentera AS di negara berkenaan selepas tahun ini. 

Presiden Afghan yang akan melepaskan jawatan, Hamid Karzai enggan menandatangani perjanjian itu.

Namun kedua-dua calon presiden yang akan bertanding tahun hadapan bagi menggantikan beliau, Ashraf Ghani dan Abdullah Abdullah sudahpun menyatakan kesediaan mereka untuk berbuat demikian. 

“Saya menaruh harapan ia dapat dilakukan,” kata Obama.

Tags / Kata Kunci: Barack Obama , AS , Afghanistan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan