Singapura Tangguh Beberapa Projek Infra Untuk Kawal Pekerja Asing

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:20 PM

PM Singapura, Lee Hsien Loong

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kerajaan Singapura pada Rabu mengambil keputusan untuk menangguh beberapa projek infra bernilai Sg$2 bilion (AS$1.6 bilion) sebagai langkah memperlahankan pengambil pekerja asing ekoran kebimbangan umum mengenai jumlah pekerja asing yang semakin bertambah di republik itu.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong memberita keputusan itu dalam sidang parlimen langkah itu adalah sebahagian daripada keputusan drastik untuk menghadkan kemasukan pekerja asing sehingga ia mencapai tahap mampu dikawal.

Bagaimanapun tegas Lee, penangguhan projek-projek infra itu tidak sama sekali akan menjejaskan pembinaan rumah awam untuk rakyat sepertimana yang telah dirancang oleh kerajaan.

Tetapi projek-projek yang tidak kritikal akan menyaksikan penangguhan satu hingga dua tahun.

Kerajaan Singapura yang diterajui oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menjadi subjek kritikan hebat oleh pelbagai pihak pada pilihan raya umum 2011 yang mana salah satu daripadanya adalah isu pengambilan begitu banyak pekerja asing.

"Untuk sektor swasta, itu mereka perlu buat keputusan mereka sendiri," ujar Lee.

Katanya, dengan menangguhkan beberapa projek awam yang diterajui oleh kerajaan mereka boleh membahagi-bahagikan permintaan untuk pekerja sektor binaan dengan lebih sekata dan dengan itu kerajaan akan mampu mengawal jumlah pekerja asing yang perlu diambil untuk sektor ini.

Lee menambah, antara projek kerajaan yang akan ditangguhkan termasuklah penambahan projek taman oleh Komplek Botanikal Bay serta projek Pusat Sains yang baru.

Penangguhan projek-projek ini akan menyaksikan pengurangan jumlah pekerja asing antara 20,000 hingga 30,000 dalam tempoh dua tahun ini, jelas Lee lagi.

Lee turut mengumumkan yang kerajaannya akan juga memantau kemasukan pekerja asing profesional bagi membuka peluang yang lebih luas kepada bakat tempatan dalam beberapa sektor tertentu.

Jumlah kelahiran yang rendah di Singapura menyaksikan kerajaan menganugerahkan sekurang-kurangnya 18,500 kewarganegaraan baru setiap tahun sejak 2008 hingga 2012 - sekaligus membantu menyaksikan jumlah populasi negara itu melonjak sehingga 30 peratus sejak 2004 kepada 5.4 juta orang tahun lalu.

Sementara itu, daripada 1.55 juta warga asing yang berada di Singapura, 700,000 adalah terdiri daripada Asia yang memegang permit kerja dalam sektor pembinaan, industri marin dan beberapa sektor lain yang tidak menjadi minat warganegaranya sendiri.

Lebih 200,000 lagi pekerja asing berkhidmat dalam sektor pembantu rumah.

Tags / Kata Kunci: Singapura , Lee Hsien Loong , PAP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan