Empat Ditemui Mati Di Dalam Rumah

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

MISSION VIEJO: Empat individu ditemui mati dalam sebuah rumah di pinggiran, Mission Viejo.

Pihak berkuasa menyifatkan kes itu sebagai bunuh dan bunuh diri.

Sherif, Lt Jeff Hallock, berkata mayat mereka ditemui pegawai Orange County selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang saudara mangsa. 

Menurutnya, mangsa hanya dikenal pasti sebagai dua lelaki dan dua wanita. 

Rumah berkenaan terletak di Pacific Hills, iaitu kawasan perumahan mewah dua tingkat. 

Mission Viejo adalah bandaraya di bahagian selatan Orange County, kira-kira 80 kilometer dari tenggara Los Angeles.

Tags / Kata Kunci: Mission Viejo , bunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan