Wartawan Ditembak Mati Di Libya - Pasukan Perubatan

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 11:03 AM

Wartawan dan pekerja sektor media mengadakan demonstrasi membantah pembunuhan Meftah Bouzid.

(Ubah saiz teks)

BEBGHAZI: Seorang editor dan pengkritik golongan jihad Libya ditembak mati pada Isnin di bandar timur Benghazi, demikian menurut pasukan perubatan.

Mereka berkata Meftah Bouzid, 50, editor akhbar mingguan Burniq, ditembak mati di tengah-tengah bandar Mediterranean.

Sebagai seorang wartawan dan penganalisis, Bouzid sering tampil di televisyen untuk mengkritik kumpulan pelampau Islam.

Pembunuhan Bouzid berlaku sehari selepas Perdana Menteri baharu Libya, Ahmed Miitig memenangi undi percaya di Parlimen pada Ahad.
Tags / Kata Kunci: Meftah Bouzid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan