Pelajar Temui Mumia Berusia 7,000 Tahun - Berita Dunia | mStar

Pelajar Temui Mumia Berusia 7,000 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 10:31 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SANTIAGO: Sekumpulan pelajar menemui mumia berusia 7,000 tahun ketika dalam perjalanan ke utara Chile, lapor media tempatan pada Selasa.

Akhbar La Tercera melaporkan bahawa penemuan itu berlaku secara kebetulan pada Sabtu lalu ketika lawatan ke tapak Morro de Arica oleh sekumpulan pelajar tempatan.

Mereka yang mendaftar di bengkel arkeologi melaksanakan kerja-kerja penggalian apabila seorang daripada mereka menemui objek pelik.

Menurut laporan, artifak arkeologi purba itu ditolak ke permukaan berikutan gempa bumi kuat yang menggegarkan bahagian itu April lalu.

Penganjur lawatan, Hans Neira berkata selepas penemuan mumia itu, kawasan berkenaan perlu diisytiharkan sebagai zon yang dilindungi.
Tags / Kata Kunci: Mumia , Chile
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan