Tentera Thailand Dapatkan Pengesahan Diraja

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 11:37 AM

Jeneral Prayuth Chan-ocha

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ketua Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha akan mendapatkan pengesahan daripada Raja Bhumibol Adulyadej pada Isnin bagi memegang kuasa pemerintah negara.

Prayuth juga dijangka akan memberi ucapan pertamanya kepada rakyat Thailand sejak berlakunya rampasan kuasa minggu lalu.

Ucapan pertamanya dijangka akan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk pengisytiharan perlembagaan interim dan penubuhan suatu majlis perundangan demikian menurut maklumat tentera.
Tags / Kata Kunci: Tentera Thailand , Rampasan Kuasa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan