Pesta Cari Jodoh Tangani Krisis Populasi Jepun

Diterbitkan: Isnin, 26 Mei 2014 10:42 AM

Syarikat mencari jodoh kini giat bekerjasama dengan kerajaan Jepun untuk mencapai sasaran sejuta perkahwinan menjelang 2020.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Jepun kini berhadapan dengan krisis populasi apabila mencatatkan kadar kelahiran paling rendah sejak 1899 tahun lalu.

Pada 2013, Jepun mempunyai jumlah warga tua yang tinggi iaitu 244,000 orang, manakala kadar kelahirannya menurun kepada 1.03 juta tahun lalu, angka yang membimbangkan negara itu.

Sehubungan itu, kerajaan Jepun mengarahkan menteri wanitanya, Yuriko Koike merangka pelan untuk menangani situasi itu.

Antara penyelesaiannya yang akan dilakukan adalah dengan menjodohkan lebih ramai pasangan menerusi kaedah kuno iaitu mencari jodoh untuk anggota tentera yang masih bujang dengan wanita di seluruh pelusuk Jepun.

Malahan, Perdana Menteri, Shinzo Abe memperuntukkan 3 billion yen untuk bajet tahun fiskal 2014 bagi program meningkatkan kadar kelahiran sebagai salah satu strategi menangani krisis populasi negara itu.

Buat pertama kalinya, pada 7 Julai ini kerajaan Jepun akan menganjurkan pesta bertemu jodoh membabitkan 40 pasangan dengan harapan ia berakhirnya ikatan perkahwinan.

"Situasinya serius sekali ketika ini dan untuk memastikan negara mempunyai populasi generasi muda yang lebih ramai, kita perlu menggalakkan rakyat untuk berkahwin.

"Sekurang-kurangnya 600,000 perkahwinan dicatatkan tahun lalu dan sasarannya adalah sehingga sejuta menjelang 2020," katanya.

Koike yang juga ketua Liga Parlimen Machikon-Konkatsu meletakkan sasaran itu sebaik kumpulan itu dibentuk untuk menangani krisis populasi yang makin meruncing itu, tahun lalu.

Minggu ini, kumpulan ini akan mengadakan persidangan membabitkan menteri kanan, pegawai di kerajaan tempatan dan syarikat penemu jodoh untuk merangka strategi bagi menggalakkan generasi muda Jepun yang ramai berkahwin dan mendapat zuriat.

Walaupun ia misi yang sukar, tetapi kerajaannya tetap akan berusaha menanganinya dengan membabitkan semua pihak dari ahli politik, syarikat swasta dan masyarakat.


Tags / Kata Kunci: populasi , Jepun , kadar kelahiran , Yuriko Koike

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan