Krisis Thailand: Tentera Bubar Senat

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Junta tentera Thailand telah membubarkan senat negara itu dan meletakkan semua undang-undang di bawah tanggungjawab tentera yang mengetuai rampasan kuasa minggu ini.

"Senat dibubarkan. Semua undang-undang yang memerlukan kelulusan Parlimen atau Senat sebaliknya diambilalih oleh pemimpin (junta)," kata tentera melalui satu pengumuman di stesen televisyen nasional. 

Tentera turut memberi jaminan bahawa mereka yang sekarang ditahan berikutan rampasan kuasa termasuk bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawara, diberi layanan baik walaupun tidak menyatakan di mana dan berapa lama mereka ditahan.
 
"Bekas perdana menteri diberi layan sebagai VIP. Kami perlu pemahaman yang lebih, kami perlu memberi penjelasan untuk mewujudkan suasana yang positif," kata Kolonel Weerachon Sukondhapatipak kepada pemberita di Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman (NCPO) di kelab Tentera hari ini.

Timbalan jurucakap NCPO itu berkata mereka yang berada dalam tahanan tentera tidak berkomunikasi dan menambah:"Kami mahu mereka menjadi diri mereka sendiri".
 
"Mereka tidak perlu menjawab apa-apa soalan dan berbuat apa-apa selain mempunyai masa untuk relaks dan berfikir mengenai keadaan," kata beliau.

Di bawah undang-undang tentera, seseorang boleh ditahan tanpa tuduhan selama tidak melebih seminggu, dan kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai hubungan rapat dengan abang Yingluck iaitu bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang kini tinggal dalam buangan.

Sementara itu, protes antirampasan kuasa berlaku sejak semalam dengan laporan menyebut sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan ditahan di bahagian tengah Bangkok, pusat perniagaan malam tadi.

Banyak lagi protes diadakan hari ini bagi membantah rampasan kuasa dan mendesak pilihan raya segera diadakan.

Kolonel Wintai Suwaree, jurucakap NCPO berkata, setakat ini, pihak tentera belum mengambil tindakan undang-undang terhadap penunjuk perasaan antirampasan kuasa kerana mengutamakan kompromi dengan berunding dengan penunjuk perasaan.

Pagi tadi, kira-kira 200 penunjuk perasaan berkumpul untuk membantah rampasan kuasa di hadapan gedung beli-belah di bahagian utara Bangkok, dan pada sebelah tengah hari, mereka berpindah ke monumen Kemenangan.

"Kembalikan kuasa kepada rakyat, kami mahu kebebasan dan pilihan raya, kami tidak mahu rampasan kuasa", teriak mereka.

Junta tentera juga membenarkan saluran televisyen menyiarkan semula rancangan biasa kecuali bagi saluran berita antarabangsa seperti CNN yang terus dikenakan sekatan.

Rampasan kuasa itu sudah tentu memberi kesan kepada ekonomi Thailand terutama sektor pelancongan yang menyasarkan untuk menarik 27 juta pelancong tahun ini.

Perintah berkurang dari pukul 10 malam hingga 5 pagi yang dikenakan di Bangkok telahpun menjejaskan aktiviti malam di ibu negara itu.

Bagaimanapun, beribu-ribu pesawah berasa lega kerana Panglima Tentera Jen Prayuth Chan-ocha mengumumkan bahawa dana telah disediakan untuk membuat pembayaran kepada mereka dan yakin pembayaran boleh dibuat dalam masa 20 hari.


Tags / Kata Kunci: Thailand , tentera , senat

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan