Gajah Dari Kanada 'Berpindah' Ke Zoo Amerika Syarikat

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 12:18 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Tiga gajah Asia betina kini menetap di Zoo Negara, Smithsonian di Washington pada Jumaat selepas mengharungi 2,500 batu (4,000 kilometer) perjalanan darat  dari barat Kanada.

Gajah yang dilahirkan di Sri Lanka, Kamala dan Swarna, kedua-duanya berusia 39 tahun dan anak gajah betina yang dilahirkan Kamala di Kanada, Maharani, 23, akan bersama-sama dengan empat gajah lain di Zoo Negara selepas seminggu menyeberangi Amerika Utara menaiki dua trak diiringi penjaga zoo dan doktor haiwan.

"Melihat dua kumpulan gajah mengenali antara satu sama lain dan membentuk satu kumpulan baru di sini adalah sesuatu yang menarik," kata kurator gajah Zoo Negara, Tony Barthel dalam satu kenyataan.

Zoo Calgary di Alberta pada 2012 mengumumkan mahu menempatkan semula gajah-gajah itu, memetik iklim sejuk di bandar, ketidakmampuan untuk mengembangkan populasi gajah dan keinginan untuk melihat mereka hidup dalam kumpulan yang lebih besar.

Rekod menunjukkan bahawa Kamala dan Swarna tinggal sekian lama di Pinnawala Elephant Orphanage di Sri Lanka dengan dua daripada gajah sudah berada di Zoo Negara.

Zoo tersebut menjadi habitat dengan kemudahan khas kepada gajah Asia yang terancam yang dibina bernilai AS$56 juta.

Dikuarantin selama 30 hari untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka, kumpulan haiwan pendatang ini boleh dilihat di 'kamera gajah' Zoo Negara di nationalzoo.si.edu
Tags / Kata Kunci: gajah Asia , Kamala , Swarna , Maharani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan