Thailand Isytihar Undang-Undang Tentera, Nafi Rampasan Kuasa

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 11:47 AM

Anggota tentera Thailand melakukan pengawasan di Bangkok selepas Ketua tentera Jeneral Prayuth Chan- Ocha mengumumkan undang-undang tentera untuk negara itu.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tentera Thailand, pagi Selasa mengisytiharkan undang-undang pertahanan bertujuan untuk memastikan negara ini stabil selepas enam bulan berdepan pergolakan politik dan ancaman keganasan.

Bagaimanapun, tentera menafikan rampasan kuasa sedang berlaku.

Langkah itu meletakkan undang-undang tentera bagi menjaga keselamatan awam di seluruh negara.

Ia datang sehari selepas pemangku Perdana Menteri sementara negara Asia Tenggara itu enggan meletak jawatan dan diikuti enam bulan demonstrasi anti- kerajaan yang gagal untuk menggulingkan kerajaan.

Tentera bersenjata memasuki beberapa stesen televisyen swasta di Bangkok untuk menyiarkan mesej mereka dan mengelilingi ibu pejabat polis kebangsaan di pusat bandar.

Jip tentera dipasang dengan 'machine-gun' yang mengalihkan lalu lintas di jalan utama di hadapan Central World, salah satu pusat membeli-belah paling mewah di negara ini.

Tetapi metropolis besar dengan 10 juta penduduk kelihatan tenang dan orang ramai boleh dilihat memandu dan berjalan ke tempat kerja seperti biasa.

Seorang pegawai tentera, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana sensitiviti keadaan, memberitahu AP bahawa yang pastinya 'ini bukanlah satu rampasan kuasa.

"Ini adalah hanya untuk memberikan keselamatan kepada rakyat dan rakyat masih boleh menjalankan kehidupan mereka seperti biasa," katanya.

Stesen tentera, juga menafikan tentera telah mengambil alih dan meminta orang ramai supaya tidak panik.


Thailand, hab ekonomi Asia Tenggara, telah dicengkam oleh kekecohan dan kegawatan politik sejak 2006, apabila bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra digulingkan oleh rampasan kuasa tentera selepas dituduh rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak menghormati Raja Bhumibol Adulyadej.

Pusingan terbaru pergolakan bermula November lalu, apabila penunjuk perasaan anti -kerajaan cuba menggulingkan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra, adik Thaksin dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Beliau telah membubarkan Dewan Rakyat Parlimen pada Disember dalam usaha untuk meringankan krisis.

Awal bulan ini, Mahkamah Perlembagaan menggulingkan Yingluck dan sembilan menteri Kabinet untuk kesalahan penyalahgunaan kuasa, tetapi langkah itu tidak memberikan kesan yang sewajarnya untuk menyelesaikan konflik politik kerana sebahagian besar majoriti miskin di luar bandar menyokong Yingluck dan lawan beliau yang sebahagian besarnya datang dari golongan tengah bandar dan kelas atasan.

Kenyataan tentera telah ditandatangani oleh ketua tentera Jeneral Prayuth Chan- Ocha yang kemudiannya membacanya di udara.

Beliau memetik satu contoh undang-undang 1914 yang memberikan kuasa untuk campur tangan dalam krisis dan berkata tindakan diambil kerana konflik berterusan dengan perhimpunan besar-besaran antara pesaing politik "boleh memberi kesan keselamatan dan keselamatan nyawa dan harta benda awam di negara ini."

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan