Letak Jawatan Tidak Mungkin - PM Thailand

Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 8:48 AM

Niwatthamrong Boonsongpaisarn

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Gesaan agar anggota kabinet sekarang meletak jawatan tidak dapat dilaksana kerana akan membayangkan keabaian tugas secara sengaja, kata pemangku Perdana Menteri sementara Thailand Niwatthamrong Boonsongpaisarn.

Beliau berkata peletakan jawatan itu akan melanggar Perkara 181 Perlembagaan Thailand serta keputusan Mahkamah Perlembagaan pada 7 Mei yang memutuskan bahawa baki anggota kabinet mesti dikekalkan untuk membolehkan mereka menjalankan tugas masing-masing.

Beliau berkata kabinet sekarang mempunyai mandat untuk menjalankan tugas mengikut perlembagaan dan undang-undang negara.

Dalam situasi ini, adalah tidak mungkin untuk melantik Perdana Menteri yang berkecuali yang mempunyai kuasa penuh (tanpa sekatan mengikut Perkara 181 Perlembagaan Thailand) kerana sudah ada kabinet sementara dan perdana menteri sementara yang sah, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu susulan gesaan kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu perdana menteri berkecuali yang mempunyai kuasa penuh dilantik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Niwatthamrong bersama-sama Menteri Keadilan Chaikasem Nittisiri, menemui Pirasak Porjit, pemangku Presiden Dewan Senat dan Senator Udom Krairit, untuk bertukar pandangan mengenai kemelut politik sekarang.

"Selain itu, pelantikan perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh mesti mematuhi Perkara 171 dan 172 Perlembagaan Thailand, dan juga tertakluk di bawah Dekri Diraja Pembubaran Parlimen 2556 yang berkuat kuasa sekarang," kata beliau.

Justeru, cadangan untuk melantik perdana menteri yang mempunyai kuasa penuh adalah tidak mungkin kerana Perkara 181 Perlembagaan (yang juga kekal berkuat kuasa) telahpun membataskan kuasa perdana menteri dan juga menjadi asas perundangan bagi status Jemaah Menteri sementara sekarang, katanya.

Tambahan pula, ada termaktub di bawah Perlembagaan bahawa perdana menteri mesti daripada anggota Dewan Perwakilan dan mendapat persetujuan ramai Dewan Perwakilan, tambah beliau.

Niwatthamrong berkata semua mereka yangh menghadiri mesyuarat bersetuju bahawa semua pihak harus berusaha menangani krisis politik sekarang dengan secepat mungkin untuk mengelakkan kesan buruk kepada negara dan rakyat Thai.

"Kerajaan bersedia pada bila-bila masa untuk berunding dengan Senat dan pihak-pihak lain untuk mencari penyelesaian politik yang berkekalan selaras dengan perlembagaan dan undang-undang Thailand, katanya.

Tags / Kata Kunci: Thailand

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan