China Hantar Kapal Untuk Bawa Keluar 1,000 Warganya Dari Vietnam

Diterbitkan: Isnin, 19 Mei 2014 5:11 PM

Kapal penumpang China, Wuzhishan telah dihantar ke Vietnam untuk membawa pulang 1,000 warga negara China ekoran keganasan anti-China di negara itu sejak Ahad.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kerajaan China telah menghantar sebuah kapal untuk membawa pulang lebih 1,000 warganya dari Vietnam pada Isnin dengan tiga buah kapal lagi sedang menyusur dari belakang untuk operasi yang sama.

Kapal penumpang yang bernama 'Wuzhishan' dilaporkan telah meninggalkan Pelabuhan Vung Ang dengan 989 orang penumpang.

Agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan, tiga buah kapal lagi dengan kapasiti seribu orang kini sedang menuju ke Vietnam dengan dua buah lagi diletakkan dalam situasi bersiap siaga.

China membuat keputusan untuk membawa warganya keluar dari Vietnam selepas dua daripada mereka dibunuh manakala 140 lagi tercedera selepas warga Vietnam yang marah telah mula membakar atau memusnahkan beberapa kepentingan perniagaan warga China minggu lalu.

Sejak tercetusnya ketegangan antara warga tempatan dengan warga China, kerajaan China telah mengeluarkan sejumlah 3,000 rakyatnya dari Vietnam melalui laluan udara dan laut.

Protes anti-China ini bermula apabila kerajaan China membuat keputusan untuk menghantar dua buah kapal pengorek telaga minyak ke kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan tanpa menghiraukan bantahan kerajaan Vietnam.

Pihak berkuasa kini mengawal ketat semua kepentingan pelaburan China di Vietnam manakala 300 suspek yang didapati terlibat dengan keganasan ini telah didakwa.

Hanoi yang selama ini dianggap sebagai tempat yang paling selamat untuk pelaburan asing kini berhadapan dengan imej yang tercalar yang boleh menjejaskan masa depan mereka di mata antarabangsa.

Sejak memperkenalkan polisi membuka pintu kepada pelaburan asing, Vietnam telah menerima tidak kurang dari AS$21.6 bilion dalam bentuk pelaburan langsung tahun lalu, meningkat dari AS$16.3 bilion pada 2012.

Pakar ekonomi Vietnam, Nguyen Quang dipetik oleh agensi berita AFP sebagai berkata, kerajaan kini perlu bertindak tegas untuk menunjukkan yang mereka boleh mengawal keadaan huru-hara ini untuk mengembalikan keyakinan pelabur-pelabur asing.

Sementara itu, Kementerian Luar China telah mengeluarkan arahan kepada warganya merayu mereka supaya mengelak daripada berkunjung ke Vietnam pada masa ini.

Arahan ini telah mendorong beberapa agensi pelancongan China membatalkan pakej pelancongan ke Vietnam, lapor Xinhua.

Tags / Kata Kunci: China , Vietnam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan