Feri Karam Di Bangladesh, Angka Kematian Meningkat 45

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 1:34 PM

Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa feri yang karam akibat ribut.

(Ubah saiz teks)

GAJARIA (Bangladesh): Penyelam tentera laut menemui 16 lagi mayat dari bangkai feri yang karam di Bangladesh, menjadikan angka kematian daripada bencana itu meningkat kepada 45.

Lebih ramai lagi mangsa dikhuatiri lemas, kata pegawai, Sabtu.

Dua kapal penyelamat berjaya mengapungkan kapal yang karam dan membawanya lebih dekat dengan pantai serta membolehkan penyelam menjalankan operasi carian di bahagian dalam kapal pada kedalaman 90 kaki (30 meter), tiga hari selepas ia tenggelam akibat ribut.

"Kami telah membuat kesimpulan carian di dalam kapal. Penyelam tentera laut telah mencari dengan rapi di setiap sudut dan celah selepas kita mengangkat kapal itu keluar dari air," kata ketua pihak berkuasa pengangkutan air Bangladesh, Shamsuddoha Khandaker kepada AFP.

"Angka kematian kini 45. Kami telah melakukan carian dalam kapal dan terdapat sedikit lagi peluang untuk menemui mayat-mayat di sana," kata pentadbir kerajaan di rantau ini Saiful Hasan kepada AFP.

Ketua Polis Tempatan Ferdous Ahmed mengesahkan angka kematian.

Saiful berkata usaha mencari mayat di dalam Sungai Meghna, salah satu daripada sungai yang terluas di dunia akan diteruskan kerana bimbang mayat-mayat akan dihanyutkan oleh arus kuat.


Bilangan sebenar penumpang tidak dapat diketahui kerana feri Bangladesh tidak mencatatkan buku log penumpang.

Pihak berkuasa pada mulanya berkata, kapal itu membawa sehingga 350 orang penumpang apabila ia memulakan perjalanan ke selatan Bangladesh, tetapi kemudian dikurangkan kepada  150-200 orang.

40 orang telah berjaya berenang ke darat.

Mangsa menyalahkan kapten kapal kerana enggan mendapatkan perlindungan ketika berlakunya ribut.

Siasatan dilancarkan sama ada kapal telah membawa terlalu ramai penumpang.

Kemalangan feri adalah biasa di Bangladesh, salah satu daripada negara-negara Asia yang paling miskin yang direntasi oleh lebih 230 sungai.
Tags / Kata Kunci: feri , karam , Bangladesh , Gajaria

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan