Pilihan Raya India: Kongres Tewas, BJP Menang Besar

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 5:12 PM

Bakal PM India yang baru, Narendra Modi

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Parti Nasionalis Hindu - Bharatiya Janata Party (BJP) - mencipta sejarah sebagai parti politik tunggal yang pertama dalam tempoh 30 tahun menang dengan majoriti besar untuk menguasai Dewan Rakyat India tanpa perlu berkongsi kuasa dengan parti-parti kecil yang lain.

Parti yang memerintah kerajaan sebelum ini, Parti Kongres pimpinan Sonia Gandhi tewas teruk.

BJP mengisytiharkan kemenangan itu sebagai bermulanya era baru dalam negara demokrasi terbesar dunia.

Keputusan muktamad selepas pilihan raya maraton yang berlangsung selama enam minggu itu menunjukkan yang BJP pimpinan Narendra Modi sudah boleh membentuk kerajaan.

BJP telah memenangi lebih 272 kerusi daripada 543 kerusi parlimen dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Jika dicampur dengan sekutu parti itu yang lain, mereka boleh dikira sudah memenangi 320 kerusi.

Sebahagian besar daripada 1.2 bilion penduduk negara itu - lebih separuh daripadanya adalah di bawah umur 25 tahun - belum lagi dilahirkan apabila kali terakhir sebuah parti politik mempamerkan penguasaan yang dominan dalam Dewan Rakyat.

Modi, 63, anak kepada penjual teh dari kasta yang rendah dan dipersalahkan di atas pertelingkahan antara masyarakat Islam dan Hindu ketika dia menjadi ketua menteri Negeri Gujarat pada 2002, menulis dalam laman Twitter bahawa "India telah menang...hari-hari yang bagus akan menjelma."

Kemenangan besar BJP mengatasi semua ramalan awal walaupun semua orang membuat ramalan yang BJP akan menumpaskan Kongres tetapi tidak sebesar ini.

Kemenangan BJP juga turut mengubah lanskap politik India yang sebelum ini menyaksikan mereka sekadar menguasai negeri-negeri di utara yang bertutur dalam bahasa Hindi sahaja.

Kali ini kemenangan mereka menyeluruh.

Bagaimanapun, 150 juta masyarakat Islam di India akan menyaksikan dengan penuh debar dan hati-hati sejauh manakah BJP akan memenuhi janji manifesto mereka yang antara lain menghulurkan tangan perdamaian.

Parti Kongres yang memerintah India sejak 13 tahun yang lalu menerima kekalahan ini dengan tangan yang terbuka dengan para pemimpinnya mengucapkan tahniah kepada BJP dan Modi.

Setakat ini mereka hanya memenangi 47 kerusi sahaja.

Ia juga adalah permulaan yang ngeri kepada pemimpin baru Kongres iaitu anak kepada Rajiv Gandhi, Rahul, 43, yang diberikan mandat oleh parti itu untuk mengetuai kempen dalam pilihan raya kali ini.

Keluarganya sahaja telah melahirkan tiga perdana menteri India tetapi semua itu kini hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja.

Rahul gagal mengulangi apa yang bapa dan neneknya lakukan.

"Politik warisan, politik dinasti dan politik hak telah dihukum dalam pilihan raya kali ini," kata jurucakap BJP, Ravi Shankar Prasad.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan