Rusuhan Pekerja Kilang: Satu Maut, 90 Cedera

Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Rusuhan pekerja di sebuah kilang keluli milik Taiwan di Vietnam, awal pagi Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya seorang warga China terbunuh manakala lebih 90 lagi cedera. 

Duta Taiwan di Vietnam, Huang Chih-peng, berkata keganasan tercetus lewat malam tadi dan awal pagi ini di Kilang Keluli Formosa di tengah Vietnam. 

Sentimen anti-China makin melonjak di Vietnam sejak Beijing menuntut hak kawasan pengeluaran minyak di perairan Laut China Selatan pada 1 Mei lalu.

Awal minggu ini, perusuh membakar dan mengkhianati beberapa kilang milik asing di selatan Vietnam yang sesetengahnya mempercayai ia milik usahawan China, namun sebenarnya ia milik Taiwan atau Korea Selatan. 

Tags / Kata Kunci: rusuhan pekerja kilang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan