Laluan Thailand Ke Arah Pilihan Raya Umum Terus Hadapi Rintangan

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 11:16 PM

Somchai Srisuthiyakorn

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand untuk mengadakan pilihan raya umum menghadapi rintangan selanjutnya apabila pertemuan dengan kerajaan sementara yang dijadual hari ini terpaksa ditangguh atas sebab-sebab keselamatan beberapa jam sebelum ia berlangsung.


"Kerajaan memaklumkan kepada kami pada 11.30 pagi bahawa mereka mahu mengubah tempatnya daripada pejabat SPR ke Akademi Tentera Udara Diraja Thai tetapi perubahan ini terlalu tergesa-gesa. Ini bukan kerana SPR mahu melengahkan masa," kata Somchai Srisitthiyakorn, setiausaha agung SPR pada sidang media di sini, Rabu.

Pemangku Perdana Menteri sementara Niwatthamrong Boonsongpsisarn sepatutnya menemui anggota SPR pada 2 petang ini.

Pertemuan itu kini akan diadakan pukul 10 pagi esok di Akademi Tentera Udara Diraja Thai dan Somchai menjangka pertemuan akan berlangsung kira-kira dua jam.

Beliau berkata kerajaan meminta supaya tempat pertemuan diubah atas faktor keselamatan memandangkan pejabat SPR, terletak di dalam Kompleks Kerajaan, begitu hampir dengan tapak perhimpunan kumpulan antikerajaan.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang berkhemah dekat Kompleks Kerajaan diketuai sami kanan Buddha Issara.

Tarikh 20 Julai bagi mengadakan pilihan raya diumumkan sebelum penyingkiran bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra tetapi tidak ada dekri diraja yang dikeluarkan setakat ini bagi mengadakan pilihan raya.

Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck mahu pilihan raya diadakan secepat mungkin dan semasa mereka masih menguasai kerajaan sementara manakala kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mendesak supaya pilihan raya ditunda.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat diketuai Suthep Thaugsuban mahu kabinet sementara digantikan dan melaksanakan pembaharuan, yang mungkin akan melemahkan pengaruh Pheu Thai sebelum pilihan raya diadakan.
Tags / Kata Kunci: Somchai Srisuthiyakorn , Thailand

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan