AS Terbang Ke Nigeria Dalam Misi Jejak Pelajar Diculik Boko Haram - Berita Dunia | mStar

AS Terbang Ke Nigeria Dalam Misi Jejak Pelajar Diculik Boko Haram

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 9:25 AM

Gambar yang diambil daripada video yang dikeluarkan oleh kumpulan militan Boko Haram yang menunjukkan sekumpualn pelajar perempuan yang diculik dari timur laut Nigeria. Foto AP

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Isnin terbang ke Nigeria untuk menjalankan misi menjejaki lebih 200 pelajar perempuan yang diculik apabila pakar meneliti video baharu bagi mencari petunjuk mengenai di mana mereka ditahan.

"Kita telah berkongsi imej satelit komersial dengan pihak Nigeria dan menerbangkan aset ISR (risikan, pengawasan dan pemantauan) ke Nigeria dengan kebenaran kerajaan negara itu," kata seorang pegawai kanan pentadbiran yang enggan dikenali.

Ia bagaimanapun tidak dinyatakan secara jelas mengenai jenis pesawat yang akan digunakan mahupun dari mana aset itu akan diterbangkan.

Tetapi satu video baharu yang dikeluarkan oleh kumpulan militan Boko Haram yang dikatakan menunjukkan kira-kira 130 pelajar perempuan sedang diteliti oleh pakar Amerika Syarikat dengan harapan ia mungkin mendapat petunjuk lokasi kesemua mereka ditahan.

"Pakar risikan kami sedang mengumpulkan setiap butiran video bagi mendapatkan petunjuk yang mungkin membantu usaha berterusan dalam menjamin pembebasan semua pelajar perempuan itu," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki pada Isnin.

"Kita tidak ada sebab untuk mempersoalkan kesahihannyam," tambahnya berhubung video berkenaan.

Ketua kumpulan militan Boko Haram, Abubakar Shekau berkata, kesemua pelajar perempuan itu akan dibebaskan sebaik sahaja pihak Nigeria membebaskan kesemua anggota militan yang berada di penjara.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh Kerajaan Nigeria, dan Psaki menegaskan bahawa dasar Amerika Syarikat turut "menolak permintaan penculik atas kegiatan jenayah yang mereka lakukan termasuk wang tebusan dan konsesi."

Satu pasukan yang terdiri daripada 30 anggota dari Amerika Syarikat tiba di Nigeria pada minggu lepas bagi membantu usaha mencari pelajar perempuan yang berusia antara 16 dan 18 tahun, yang diculik dari sekolah di timur laut negara itu pada 14 April lalu. - AFP


Tags / Kata Kunci: Boko Haram , Abubakar Shekau , Jen Psaki , Nigeria
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan