Kumpulan Anti-Kerajaan Hampiri Rumah Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 10:02 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kumpulan penunjuk perasaan anti kerajaan memindahkan pangkalan mereka di Lumpini Park ke Rumah Kerajaan di sini sambil mendesak para senator supaya menyingkirkan kabinet sementara Thailand sekarang.

Kumpulan itu bergerak tengah hari tadi dan setibanya di Rumah Kerajaan, ketua kumpulan Suthep Thaugsuban menuju ke bangunan parlimen yang berhampiran untuk mengikuti sesi khas Senat mengenai pergolakan politik di negara itu.

Kumpulan anti kerajaan telah bertapak di Lumpini Park selama dua bulan dan sembilan hari.

Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, kini kosong kerana bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra telah memindahkan pejabatnya ke tempat lain kerana bangunan itu terletak berhampiran dengan kawasan bantahan kumpulan anti kerajaan.

Sekutu-sekutu Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat telah berkhemah di sekitar kawasan itu selama berbulan-bulan.

Para senator meneruskan perbahasan mengenai keadaan politik di negara itu sehingga waktu malam.

Kumpulan anti kerajaan telah meningkatkan tekanan ke atas para senator supaya menyingkirkan anggota kerajaan sementara sekarang.

Para senator akan menjalankan undian untuk memutuskan sama ada Yingluck bersalah atau tidak kerana gagal dalam menjalankan tugasnya berhubung dengan skim subsidi beras dan jika bersalah, Yingluck tidak akan dibenarkan menyertai politik sehingga lima tahun.

Sementara itu, di lokasi yang lain, kumpulan Baju Merah yang pro kerajaan telah mengadakan perhimpunan sejak Sabtu untuk meraih sokongan dan membantah penyingkiran Yingluck.
Tags / Kata Kunci: penyokong anti-kerajaan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan