2 Maut Letupan Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 12:45 AM

Kesan Letupan di Hat Yai pada minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

HAT YAI: Sekurang-kurangnya dua maut manakala sembilan lagi cedera apabila selatan Thailand digegarkan dengan berbelas letupan bom, malam Ahad.

Setakat ini belum dapat dipastikan jika terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam keganasan terbaharu itu.

Menurut sumber tempatan, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.

Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi selain sebuah sekolah serta bengkel membaiki motosikal dibakar.

Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala beberapa lagi cedera.

Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Thanto.

Sementara itu, kejadian tembak menembak serta membakar tayar dilaporkan berlaku di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.



Tags / Kata Kunci: Hat Yai , Tak Bai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan