Kokpit Pesawat United Airlines Terbakar

Diterbitkan: Ahad, 11 Mei 2014 12:57 PM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Pesawat United Airlines terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, selepas berlaku kebakaran di ruang kokpit dan kabin ketika penerbangan ke Hawaii.

Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Ian Gregor, berkata pesawat United 1296 itu mendarat tanpa insiden buruk kira-kira pukul 11.38 pagi Sabtu (waktu tempatan) iaitu selepas tiga jam berlepas.

Sementara itu jurucakap United, Charles Hobart berkata tiada sebarang kemalangan membabitkan penumpang dan anak kapal berlaku.

Pesawat Boeing 757 itu dalam perjalan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kona dengan membawa 150 penumpang ketika kebakaran dilaporkan oleh anak kapal.

Hobart berkata, kesemua penumpang akan dipindahkan ke penerbangan lain dan pesawat berkenaan akan menjalani pemeriksaan teknikal oleh kru penyelenggaraan.
Tags / Kata Kunci: United Airlines , Kokpit Terbakar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan