Doktor Haiwan Dituduh Seksa Anjing

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mei 2014 8:44 AM

Dr Tierce memberi keterangan ketika dibicarakan atas tuduhan melakukan jenayah terhadap haiwan.

(Ubah saiz teks)

AUSTIN, Texas: Seorang ahli veterinar berdepan tuduhan kerana melakukan jenayah terhadap haiwan apabila membiarkan seekor anjing terus hidup, walaupun sepatutnya dibunuh dengan alasan 'terlalu sibuk', sekali gus gagal mematuhi kehendak pemilik haiwan berkenaan.

Dr Millard "Lou" Tierce berkata, dia kini insaf dan akan memenuhi kehendak mana-mana pemilik haiwan peliharaan selepas kejadian itu.

"Saya tidak berhak campur tangan jika pemilik haiwan memutuskan untuk membunuh haiwan mereka," katanya dalam perbicaraan di Lembaga Pemeriksaan Perubatan Veterinar Texas, Khamis.

Perbicaraan itu dibuat bagi menilai sama ada lesen Tierce perlu dibatalkan atau tidak atas kecuaiannya sebelum ini. Ketika ini lesen Tierce digantung.

Dokumen difail lembaga itu menunjukkan kegagalan Tierce menjalankan tugasnya dengan sekurang-kurangnya empat haiwan peliharaan yang sepatutnya dibunuh, terus dibiar hidup di kliniknya.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai masalah di Klinik Haiwan Bowie Camp itu selepas seorang juruteknik menghubungi pemilih haiwan seekor anjing berusia lima tahun - bernama Sid - yang sepatutnya dimatikan pada Oktober 2013 tetapi dibiarkan terus hidup sebagai bahan uji kaji.

Sid dibawa ke klinik itu di Fort Worth pada Mei 2013 selepas menunjukkan masalah kesihatan pada kelenjar duburnya.

Selepas lima bulan mendapatkan rawatan, pemilik Sid memutuskan untuk membunuh Sid kerana anjing itu tidak lagi mampu berjalan.

"Pemilik Sid mengucapkan selamat tinggal kepada Sid selepas diberitahu tiada rawatan yang boleh dilakukan ke atasnya," kata dokumen difail kepada lembaga itu.

Namun Tierce tidak membunuh Sid kerana dia tidak memiliki peti sejuk lebih besar bagi menyimpan bangkai anjing berkenaan, selain terlalu sibuk untuk menanam bangkai berkenaan.

Tierce berkata Sid pernah sekali digunakan untuk pemindahan darah namun pemiliknya, Jamie dan Marian Harris mendakwa anjing mereka digunakan untuk tujuan itu beberapa kali.

Sid juga dijadikan bahan uji kaji perubatan.

Anjing itu ditemui dalam sangkar dan dikembalikan kepada pemiliknya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan