Pekerja Binaan Stadium Piala Dunia Di Brazil Maut

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 9:25 AM

 Arena Pantanal

Gambar fail Stadium Arena Pantanal di Cuiaba, Brazil yang masih dalam pembinaan untuk temasya sukan Piala Dunia 2014. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SEORANG pekerja binaan stadium Piala Dunia di bandar Cuiaba di Brazil maut dalam satu kemalangan elektrik pada Khamis, menyebabkan pembinaannya dihentikan buat sementara waktu sekali gus memberi masalah kepada usaha untuk segera mempersiapkan stadium itu menjelang temasya sukan dunia itu.


Muhammad-Ali Maciel Afonso, 32, merupakan pekerja kelapan yang maut dalam pembinaan stadium Piala Dunia di Brazil. 

Beliau bekerja di bahagian pemasangan rangkaian telekomunikasi untuk Etel Engenharia, menurut pegawai rasmi kerajaan dan seorang eksekutif syarikat itu.

Stadium Arena Pantanal di Cuiaba itu merupakan salah satu daripada pembinaan stadium yang sering tertangguh, sedang dipersiapkan untuk perlawanan temasya sukan dunia yang bermula pada 12 Jun depan.

Stadium itu telah pun memulakan ujian perlawanan, tetapi para pekerja masih membuat kerja-kerja penambahan kerusi penonton, pendawaian dan beberapa lagi tugas-tugas pembinaan di peringkat akhir.

Pada Oktober tahun lalu, berlaku satu kebakaran yang menyebabkan kerosakan struktur di stadium dan kerja pembaikan dilakukan selepas insiden itu. Penangguhan kerja-kerja pembinaan di stadium itu bagi memudahkan siasatan berhubung kemalangan itu dijalankan. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Arena Pantanal , stadium piala dunia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan