Tiga Maut Helikopter Terhempas Di Ghana - Berita Dunia | mStar

Tiga Maut Helikopter Terhempas Di Ghana

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 8:37 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

ACCRA: Tiga terbunuh  apabila sebuah helikopter yang membawa lapan penumpang terhempas di pantai barat Ghana pada Khamis, kata tentera.

"Tiga daripada mereka disahkan terbunuh," kata jurucakap Pasukan Tentera Ghana, M'Bawine Atintande kepada AFP, sambil menambah bahawa empat orang yang diselamatkan dan seorang lagi masih hilang.

Stesen radio di Ghana, Joy FM melaporkan secara dalam talian bahawa liam rakyat Ghana dan tiga lagi warga asing dari British, Perancis dan Nigeria menaiki helikopter berkenaan.

Laporan itu merujuk kenyataan seorang pegawai Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Ghana, Albert Taylor. - AFP



Tags / Kata Kunci: helikopter terhempas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan