Seorang Maut 30 Cedera, Gempa Bumi Di Pakistan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 2:44 PM

Gempa bumi di bandar Nawabshah di Pakistan. Foto www.bbc.com

(Ubah saiz teks)

KARACHI: Sekurang-kurangnya seorang maut dan 30 lagi cedera berikutan beberapa siri gempa bumi yang menggegarkan selatan Pakistan pada Jumaat, kata pegawai.

Salah satu gempa yang itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 27 kilometer timur laut bandar Nawabshah di wilayah Sindh, dengan 5.0 magnitud, kata pegawai jabatan meteorologi kepada AFP.

Beliau berkata, gegaran itu dapat dirasai di Nawabshah dan beberapa bandar kecil berdekatan termasuk Sakrand, Daur, Daulat Pur dan Bandhi.

Seorang pegawai pentadbiran tempatan, Irfan Kathio, memberitahu AFP: "Gempa itu mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan 30 yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak."

Beliau berkata, satu amaran kecemasan diisytiharkan di hospital bandar dan pejabat daerah, dengan penutupan sekolah dan kolej.

Kira-kira 100 rumah di Nawabshah musnah.

"Kami menerima 30 orang yang cedera dan mendapat rawatan di hospital, dan seorang lelaki berusia 71 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya," kata Mohammad Hashim, pegawai kanan perubatan di hospital awam Nawabshah kepada AFP.

Beliau berkata, lima daripada yang cedera berada dalam keadaan kritikal. - AFP

Tags / Kata Kunci: gempa bumi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan