Australia Akan Tubuh Agensi Penguatkuasa Sempadan Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 12:12 PM

Scott Morrison. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Australia pada Jumaat berkata, ia akan menubuhkan satu agensi perlindungan sempadan baharu yang akan menggabungkan operasi jabatan kastam dan imigresen.

Menteri Imigresen, Scott Morrison berkata, ia akan diketuai oleh seorang pesuruhjaya awam yang akan melaporkan secara terus kepada beliau bagi membantu kerajaan untuk membanteras ketibaan secara haram.

Australia mengadaptasi satu polisi bagi membanteras pencari suaka yang memasuki kawasan perairan negara itu dengan menaiki bot tanpa kebenaran, dengan kerjasama Operasi Sempadan Daulat bagi mencegah sebarang ketibaan baharu lebih dari empat bulan.

Di bawah polisi itu, bot-bot yang kembali ke Indonesia, manakala sesiapa yang tiba akan dihantar ke kem-jem di kawasan pinggir Nauru dan Pulau Manus di Papua New Guinea di Lautan Pasifik.

Mereka dinafikan untuk penempatan semula di Australia.

"Ia merupakan pendekatan baharu yang akan menggabungkan operasi kastam dan imigresen dalam Penguatkuasa Sempadan Australia," kata Morrison kepada radio ABC mengenai agensi baharu itu.

"Sekarang apa yang akan dilakukan adalah memastikan kita mempunyai pasukan integrasi di kawasan sempadan yang bukan sahaja melibatkan penyeludupan manusia tetapi juga pelbagai jenis ancaman," katanya.

Langkah untuk menubuhkan agensi itu sejajar dengan cadangan dalam Suruhanjaya Audit oleh Perdana Menteri, Tony Abbott baru-baru ini.

Agensi berkenaan, dijangka akan beroperasi menjelang pertengahan tahun depan. - AFP

Tags / Kata Kunci: scott morrison

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan