Saintis Misi Ke Planet Marikh Meninggal Dunia

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 9:20 PM

Colin Pillinger

(Ubah saiz teks)

LONDON: Ahli sains British, Prof Colin Pillinger yang menjadi penggerak utama misi ke planet Marikh meninggal dunia pada Khamis ketika usia 70 tahun, demikian menurut ahli keluarganya.

Beliau yang dikenali sebagai tokoh inspirasi tanpa batasan itu mengalami pendarahan otak yang teruk pada Rabu.

"Beliau mengalami pendarahan otak yang teruk hingga mengakibatkan koma," kata keluarganya.

Colin kemudiaanya dikejarkan ke hospital berhampiran rumahnya di Cambridge, timur England pada Rabu dan meninggal dunia secara aman pada petang Khamis.
Tags / Kata Kunci: Saintis Marikh , Colin Pillinger

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan