Aburizal Masih Calon Presiden - Pemimpin Golkar

Diterbitkan: Khamis, 8 Mei 2014 7:27 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Dewan Pertimbangan (Wantim) Parti Golongan Karya (Golkar) menyangkal spekulasi bahawa Ketua Umum parti berkenaan, Aburizal Bakrie dijadikan calon naib presiden bagi calon presiden parti lain pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.

Badan tertinggi Parti Golkar itu berpendapat, spekulasi itu tidak sepatutnya timbul kerana parti tersebut berada pada kedudukan kedua pada Pemilu Parlimen, 9 April lepas.

Sebelum ini, Aburizal telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Dewan Pembina Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto yang menyebabkan Aburizal dikatakan 'merendahkan martabat' Parti Golkar apabila bersedia menjadi calon naib presiden kepada Prabowo.

"Aburizal tetap sebagai calon presiden Parti Golkar. Kami tidak membincangkan beliau menjadi calon naib presiden kepada parti lain. Kami dari Wantim tetap meletakkan beliau sebagai calon presiden," kata Ketua Wantim Parti Golkar, Akbar Tanjung di sini.

Akbar berkata jika pertemuan antara Aburizal dan Prabowo adalah bagi menjalinkan pakatan antara kedua-dua parti berkenaan, penentuan calon presiden dan naib presiden tidak sepatutnya dibincangkan.

"Kalau mahu melakukan pakatan...pakatan dalam bentuk apa? Boleh saja pakatan itu nanti dalam pemerintahan, bukan masalah siapa calon presiden dan siapa calon naib presiden," katanya.

Berdasarkan kiraan awal pada Pemilu Parlimen lepas, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) berada pada kedudukan teratas, diikuti Golkar manakala Gerindra di tempat ketiga.
Tags / Kata Kunci: Aburizal Bakrie , Golkar , Pemilu

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan