Mahkamah Perlembagaan Umum Keputusan Kes Yingluck Rabu

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 12:16 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand akan mengumumkan keputusannya esok kes berkaitan penyalahgunaan kuasa membabitkan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra.

Empat saksi termasuk Yingluck memberi keterangan kira-kira empat jam pada Selasa di tengah-tengah kawalan keselamatan ketat yang akan menentukan sama ada Yingluck akan kekal sebagai perdana menteri sementara atau disingkirkan.

Yingluck tiba di mahkamah kira-kira 10.30 pagi dan beredar sekitar 1.10 tengah hari tanpa bertemu wartawan.

Beliau didakwa menyalahgunakan kuasa dalam kes pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Negara Thawil Pliensri pada 2011.

Dalam pembelaan dirinya, Yingluck menafikan menyalahgunakan kuasanya, dengan berkata beliau tidak mendapat sebarang manfaat daripada kes itu dan pertukaran itu dibuat bagi manfaat pentadbiran negara.

Kawalan keselamatan sangat ketat dengan anggota polis dan tentera pencegah rusuhan dikerah berkawal di kawasan sekitar mahkamah manakala penyokong beliau mengugut untuk mengambil tindakan sekiranya beliau didapati bersalah dan disingkirkan daripada jawatan perdana menteri.

Kumpulan antikerajaan yang berkhemah berhampiran kompleks kerajaan di Chaeingwattana selama berbulan-bulan turut merancang untuk bertindak.

Apapun keputusannya, tindak balas daripada kedua-dua kumpulan berkemungkinan berlaku apabila mereka merancang untuk mengadakan perhimpuan besar-besaran minggu depan.

Kes yang dihadapi Yingluck itu adalah satu daripada dua ancaman dari segi undang-undang terhadap jawatan beliau sebagai perdana menteri sementara.

Satu lagi kes, yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Antirasuah Negara, adalah tuduhan mengabaikan tugas dalam mengendalikan skim subsidi beras apabila kerajaan kini berhutang dengan petani bayaran berbilion-bilion baht yang tertangguh sejak berbulan-bulan lamanya.

Sekiranya keputusan mahkamah membawa kepada penyingkiran Yingluck, ia menimbulkan kemungkinan pilihan raya umum yang dijadual diadakan pada 20 Julai ditangguhkan.

Pemimpin pembangkang Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva mencadangkan pilihan raya yang dirancang itu ditangguhkan enam bulan bagi membolehkan perubahan politik dan pilihan raya mengambil tempat.

Bagaimanapun parti pemerintah Pheu Thai Party yang diramal akan mengekalkan kuasa menolak cadangan itu.
Tags / Kata Kunci: Yingluck Shinawatra , Thailand

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan