Tiga Maut Bas Meletup di Kenya - Berita Dunia | mStar

Tiga Maut Bas Meletup di Kenya

Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

NAIROBI: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera apabila dua bas awam terkena letupan bom di ibu negara Kenya, semalam.

Pegawai polis berkata, angka kematian mungkin meningkat dari semasa ke semasa. 

"Setakat ini tiga orang disahkan mati, seorang maut di tempat kejadian manakala dua lagi di hospital. Laporan akhir akan diketahui malam ini, sebaik saja kami menyemak butir mangsa di semua hospital,” kata Timbalan Komander Polis Nairobi, Musa Ombati kepada pemberita pada Isnin.


Tags / Kata Kunci: bas meletup

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan