Tanah Runtuh: Lebih 2,000 Tertimbus, 4,000 Tinggal Sehelai Sepinggang

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 10:18 AM

Pasukan SAR berusaha mencari penduduk tempatan yang terselamat berikutan kejadian tanah runtuh di timur laut Afghanistan pada Jumaat

(Ubah saiz teks)

KABUL (AFGHANISTAN):  Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dipertingkatkan berikutan angka kematian tragedi tanah runtuh itu dijangka meningkat sehingga sekurang-kurangnya 2,100 orang,  manakala kira-kira 4,000 lagi hilang tempat tinggal dalam kejadian di kawasan pergunungan di timur laut Afghanistan.

Jurucakap Gabenor wilayah Badakhshan, Naweed Forotan mengesahkan seramai 300 keluarga yang tinggal di kampung Hargu, daerah Argo tertimbus dalam kejadian terbabit.

Susulan daripada tragedi menggemparkan itu, Presiden Hamid Karzai mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan memberi jaminan tindakan segera akan diambil untuk mencari penduduk yang mungkin terselamat.

Timbalan Ketua Polis Badakhshan, Abdul Qadeer Sayad berkata, SAR kini giat dijalankan pihak berkuasa dengan hanya menggunakan peralatan asas menggali.

"Insiden runtuhan itu dipercayai berlaku sebanyak dua kali dan ia berpunca daripada hujan lebat yang berterusan di kawasan itu sejak lebih seminggu lalu.

"Penduduk di sekitar daerah terbabit termasuk dari Takhar turut sama membantu dalam operasi tersebut, namun ia sukar dilakukan kerana lumpur setebal 100 meter," katanya.

Difahamkan, tentera juga terpaksa menggunakan helikopter untuk menghantar pasukan penyelamat mereka di kawasan bencana terbabit berikutan kebanyakan jalan utama telah rosak akibat cuaca tidak menentu.

Sementara itu, tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dilaporkan sudah bersiap sedia untuk membantu operasi tersebut, namun kerajaan Afghanistan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

Dalam kenyataan, jurucakap Misi PBB di Kabul, Ari Gaitanis memaklumkan fokus utama mereka adalah untuk membantu kira-kira 4,000 penduduk yang tinggal sehelai sepinggang.

"Mereka amat memerlukan bantuan makanan, bekalan air bersih, ubat-ubatan dan tempat tinggal sementara," katanya. 






Tags / Kata Kunci: tanah runtuh , Aab Bareek

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan