Sekurang-kurangnya 10 Maut, Lebih 50 Cedera Kereta Api Tergelincir

Diterbitkan: Ahad, 4 Mei 2014 5:14 PM

Pelbagai pihak sedang berusaha untuk menyelamatkan penumpang kereta api yang terperangkap bawah gerabak yang tergelincir di selatan Mumbai.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh, manakala lebih 50 lagi cedera apabila kereta api penumpang tergelincir di barat India, Ahad.

Pegawai polis Ankush Shinde berkata, enjin dan empat gerabak penumpang tergelincir dari landasan berhampiran Stesen Roha, kira-kira 110 kilometer di selatan Mumbai.

"Ketika ini, operasi menyelamat masih dijalankan terutama bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap bawah gerabak yang tergelincir," katanya.

Kemalangan itu berlaku di luar terorong berhampiran kampung Nidi, apabila empat daripada 20 gerabak kereta api dalam perjalanan Diwa-Sawantwadi tergelincir antara Stesen Nagothane dan Roha.

Bagaimanapun, punca kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu sedang disiasat.

Bagaimanapun, Bilik Kawalan Polis Raigad memaklumkan, 12 penumpang terbunuh di mana mayat 10 daripadanya dibawa ke Pusat Kesihatan Nagothane untuk dibedah siasat, manakala dua lagi dihantar ke hospital kerajaan di Roha untuk tujuan sama.

"Setakat ini, identiti mangsa belum dikenal pasti," kata jurucakap polis berkenaan.

Berikutan kejadian itu, perkhidmatan kereta api bagi laluan Konkan digantung.


 


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan