Masalah Teknikal Punca Nahas Kereta Api Bawah Tanah Di Seoul

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mei 2014 4:45 PM

Keadaan dua kereta api bawah tanah selepas berlanggar di stesen Sangwangsimni di Seoul pada Jumaat. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Masalah teknikal untuk memberhentikan kereta api merupakan punca kemalangan yang membabitkan dua kereta api bawah tanah di Seoul pada Jumaat, kata pegawai pada Sabtu.

Nahas itu melibatkan pelanggaran kereta api yang sedang bergerak dengan sebuah lagi kereta api yang berhenti di stesen Sangwangsimni di timur Seoul pada tengah hari Jumaat, mengakibatkan lebih 200 orang cedera.

Seorang wanita warga emas cedera parah, manakala lebih 150 orang memerlukan rawatan kerana mengalami luka dan terseliuh.

Kemalangan tersebut berlaku ketika negara itu masih belum pulih daripada nahas feri pada 16 April lalu yang menyebabkan kira-kira 300 mati atau hilang, kebanyakannya pelajar sekolah, selepas bot yang dinaiki mereka karam. 

"Sistem brek automatik kereta api (ATS) yang dipasang di stesen Sangwangsimni gagal berfungsi dengan baik," kata Presiden Metro Seoul, Chang Jung-Woo kepada para pemberita.

ATS direka untuk mengawal jarak antara kereta api, dan akan berfungsi secara aktif apabila terdapat dua kereta api pada jarak 200 meter antara kedua-duanya.

Berikutan sistem itu gagal berfungsi, kereta api seterusnya yang menghampiri terlalu hampir dengan stesen membuatkan pemandu hanya mempunyai masa singkat untuk membrek.

Tambah Chan, laluan terowong kereta api berbentuk lengkungan sebelum memasuki stesen Sangwangsimni dan pemandu tidak dapat melihat platform dari jauh. - AFP


Tags / Kata Kunci: kereta api bawah tanah

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan