Malaysia Ada Potensi Mangsa Aktiviti Peras Ugut Seks

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 7:24 PM

Sanjay Virmani

(Ubah saiz teks)

MANILA: Aktiviti peras ugut seks atau 'sextortion' di seluruh dunia termasuk Filipina membuatkan polis tempatan negara itu dan antarabangsa terpaksa mengambil langkah membendung jika tidak dapat menghapuskan aktiviti tersebut.

"Peningkatan jumlah mangsa dalam aktiviti peras ugut seks di Hong Kong, Indonesia, Singapura, Filipina, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Manakala ada potensi mangsa dari Australia, Korea dan Malaysia," jelas Ketua Polis Filipina, Alan Purisma dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pengarah Pusat Jenayah Digital Interpol Sanjay Virmani memberitahu INQUIRER.net di ibu pejabat PNP di Kem Crame bahawa kumpulan bergerak berasingan kerana ia begitu jelas, dan risiko siasatannya lebih rendah.

Duta UK, Asif Ahmad berkata, dalam satu taklimat akhbar bahawa aktiviti penderaan seks merupakan satu tindakan yang tidak menghormati warganegara dan ia amat serius dan masalah besar.

PNP telah menjemput pegawai-pegawai polis tempatan dan antarabangsa berkumpul pada Jumaat bagi membincangkan untuk melupuskan aktiviti ini seperti Operasi 'Strikeback' yang dilakukan pada November 2013. 

Operasi tersebut berjaya mengenalpasti suspek dari Taguing City dan wilayah Laguna, Bulacan dan Bicol.

Menurut Purisima, rakyat Filipina yang ditahan akan didakwa atas pelbagai jenayah , termasuk melibatkan diri dalam pornografi kanak-kanak , peras ugut dan menggunakan teknologi untuk melakukan penipuan.

Detektif Ketua Inspektor Gary Cunningham dari pasukan siasatan utama pasukan polis Scotland  memberitahu pemberita bahawa seorang remaja di Scotland telah membunuh diri selepas diperas ugut.

Cunningham berkata, kanak-kanak itu berusia 17 ketika itu.

Sementara itu, Ketua Inspektor Louis Kwan dari polis biro jenayah komersial dalam wilayah China berkata, lebih daripada 530 mangsa dari Hong Kong yang berusia di antara 20 dan 30 tahun, telah menjadi mangsa kepada penipuan ini sejak awal tahun lepas.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa menekankan Filipina bukan dianggap sebagai hab global bagi kes ini dan ia hanyalah penyiasatan semasa yang memberi tumpuan terhadap negara Asia Tenggara.

"Jenayah-jenayah tidak terhad kepada mana-mana satu negara dan juga yang menjadi mangsa.

"Itulah sebabnya kerjasama antarabangsa dalam menyiasat jenayah-jenayah ini adalah penting," kata Virmani.

Sextortion adalah gabungan seks dan peras ugut di mana suspek mengugut mangsa yang telah direkodkan melakukan perbuatan-perbuatan seksual dalam talian termasuk bergambar bogel di depan kamera web.

Pemeras ugut kemudian menggunakan video atau gambar untuk memeras lebih banyak aktiviti seks atau wang daripada mangsa bagi jaminan agar rakaman itu tidak disebarkan.

Tags / Kata Kunci: peras ugut seks , sextortion

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan