16 Maut Letupan Bom Terminal Bas Di Abuja

Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 9:54 AM

Sebuah kereta terbakar berikutan satu letupan bom di Terminal Bas Nanya di Abuja, Nigeria yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang. Foto AP

(Ubah saiz teks)

ABUJA: Sebuah kereta yang dipasang bom meletup di terminal bas di pinggir ibu negara Nigeria, Abuja, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang pada Khamis, hanya beberapa minggu selepas satu serangan bom yang mengakibatkan banyak kematian di tempat yang sama.

Dilaporkan bahawa satu kumpulan pelampau yang membunuh beribu-ribu orang dalam tempoh pemberontakan selama lima tahun disyaki bertanggungjwab terhadap kejadian itu.

Letupan itu berlaku di terminal bas Nyanya yang dipenuhi ramai orang, hanya beberapa kilometer dari tengah bandar Abuja, dan pekerja kecemasan berada di tempat kejadian untuk menyelamatkan mereka yang cedera, kata Manzo Ezekial, jurucakap untuk Agensi Kecemasan Kebangsaan (NEMA).

Beliau memberitahu AFP bahawa tugas-tugas menyelamat begitu sukar kerana keadaan gelap di stesen itu pada waktu malam.

Satu letupan bom pada 14 April lalu mensasarkan pengguna pengangkutan di terminal Nyanya pada waktu pagi, yang mengorbankan 75 orang, menjadikan ia merupakan serangan yang mencatatkan paling banyak kematian di Abuja.

Ketua pemimpin Boko Haram, Abubakar Shekau, diisytiharkan sebagai pengganas global oleh Amerika Syarikat (AS) berkata, kumpulan itu melakukan letupan bom pada 14 April menerusi satu mesej pesanan video yang diperoleh AFP. - AFP

Tags / Kata Kunci: letupan bom , Abuja , Boko Haram

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan