Setiausaha Agung PBB Kutuk Pembunuhan Orang Awam Di Syria

Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 7:36 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon mengutuk serangan terbaharu di Syria yang mengakibatkan puluhan orang awam terbunuh atau cedera akibat bedilan mortar dan meriam di bandar raya Homs dan Damsyik.

Beliau menggesa kerajaan Syria dan kumpulan penentang menghentikan tindakan provokasi yang boleh menggugat atau menghentikan usaha damai.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh jurucakapnya di sini, Ban menyifatkan serangan itu sebagai tindakan keganasan yang menakutkan terhadap orang awam yang tidak berdosa" dan menegaskan bahawa kemenangan secara kekerasan tidak boleh dicapai oleh sesiapa dalam konflik Syria sekarang.

Pandangannya juga disuarakan oleh Penyelaras Kecemasan PBB Valeria Amos yang memberitahu media selepas memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan bahawa nilai-nilai asas PBB dan tanggungjawab negara untuk menjaga kebajikan rakyatnya telah dicabuli di Syria setiap hari.

Beliau berkata tanggungjawab itu terletak pada Majlis Keselamatan untuk bukan sahaja menerima realiti itu tetapi juga bertindak bagi menanganinya.

Sementara itu, para pegawai PBB melahirkan rasa "terkejut dan dukacita" terhadap insiden pengeboman kereta dan bedilan mortar pada Selasa di daerah Zahra di bahagian tengah Homs, yang menyebabkan berpuluh-puluh orang awam terkorban atau cedera.

Di Damsyik, bedilan mortar yang berterusan disasarkan ke atas kawasan-kawasan awam, menyebabkan sebuah institut teknikal terkena bedilan.

Selepas memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan, Amos berkata beliau "amat bimbang" mengenai keganasan yang semakin meningkat dengan kedua-duanya menyasarkan dan mencederakan orang awam tanpa kesudahan untuk tujuan taktikal.

Beliau berkata prinsip paling fundamental hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan" terus dicabuli oleh semua pihak, dua bulan selepas Majlis Keselamatan meluluskan resolusi berhubung pelanjutan akses kemanusiaan ke kawasan yang dikepung dan tidak mudah diakses serta memperluaskan operasi bantuan.

"Saya memberitahu Majlis bahawa dalam laporan saya, saya telah menunjukkan, beberapa kali tentang kesan minimum terhadap pendekatan yang diambil setakat ini dan bahawa desakan umum dan diplomasi secara persendirian tidak banyak berhasil," kata beliau kepada wartawan di ibu pejabat PBB di New York.
Tags / Kata Kunci: PBB , Syria

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan